Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Wednesday, December 27, 2006

Pengumuman 42 - Bercuti

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PLK FAKULTI PERAKAUNAN
SAYA AKAN BERCUTI BERMULA DARI 28 DISEMBER 2006 SEHINGGA 4 JANUARI 2007.
SEGALA MASALAH SILA BERHUBUNG DENGAN PEJABAT AKADEMIK, FAKULTI PERAKAUNAN DI TALIAN 03-55444944.
SEKIAN

Tuesday, December 26, 2006

Pengumuman 41 - Tarikh Aktiviti PLK

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui oleh semua pelajar. Ketidakperhatinan anda terhadap tarikh yang dinyatakan akan mengakibatkan kesusahan di masa hadapan.
  • Pendaftaran Kursus
    23 Disember 2006 – 7 Januari 2007
  • Proses tambah / gugur kursus
    8 Januari 2007 – 20 Januari 2007
  • Proses gugur kursus
    21 Januari 2007 – 27 Januari 2007
  • Proses Pengesahan Pendaftaran Kursus / Validasi Daftar kursus
    28 Januari 2007 – 3 Februari 2007
  • Kuliah bermula
    8 Januari 2007
  • Peperiksaan
    22 April 2007 – 12 Mei 2007
  • Tarikh akhir memohon cuti khas
    6 April 2007
  • Tarikh mula / tutup mohon rayuan (RMP)
    21 Disember 2006 / 4 Januari 2007

Sebarang masalah berkaitan dengan yuran sila berhubung terus dengan BENDAHARI ZON 16.

Sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran kursus Bahasa Ketiga sila berhubung dengan Akademik Pengajian Bahasa.

Sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran kursus CTU sila berhubung dengan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.

Sekian

Monday, December 25, 2006

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
KE
FAKULTI PERAKAUNAN
BUAT
PELAJAR-PELAJAR BARU AC220
SEMOGA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN

Sunday, December 17, 2006

Pengumuman 40 - Perubahan Cara Pendaftaran Kursus Pelajar Lama

Pendaftaran Kursus Pelajar Lama.

Tarikh: 23/12/2006 (mula mendaftar) - 7 Januari 2007
Tempat: Mana-mana komputer yang mempunyai akses internet. Sila login melalui istudent portal.

Pendaftaran kursus pelajar lama adalah secara internet melalui istudent portal. Anda boleh mendaftar kursus secara online di mana-mana komputer yang mempunyai akses internet bermula dari 23 Disember 2006 sehingga 7 Januari 2007. Peringatan: Sila jelaskan bil yuran pengajian anda selepas anda muktamadkan pendaftaran kursus di mana-mana cawangan Bank Islam. Kegagalan anda menjelaskan yuran akan mengakibatkan status anda menjadi gugur taraf selepas 2 minggu dari tarikh tamat pendaftaran.

Jika anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kursus sila datang berjumpa dengan Koordinator pada waktu pejabat selepas 23 Disember 2006.
Disebabkan pendaftaran pelajar lama adalah melalui internet, maka pada 23/12/2006, Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan akan dibuka dari jam 9:30 pagi sehingga 12:30 tengahari sahaja.
Sila hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang kurang melayari laman web ini.
Sekian. Harap Maklum.

Friday, December 15, 2006

Pengumuman 38 - Jadual AC220

Jadual Waktu AC 220
Semester Disember 2006 - April 2007

****************************************************************

Petunjuk
Kod Kursus / Hari / Bilik / Kumpulan

*****************************************************************

Bahagian 3
FAR 305 / Rabu / 1022 / ACB3PT
BEL 411 / Jumaat / 1014 / ACLK3A
MAF 330 / Selasa / 1002 / ACB3PT
AIS 360 / Khamis / Lab 1 / ACB3PT


Bahagian 4
AUD 390 / Isnin / 1102 / ACB4PT
BEL 415 / Jumaat / 1034 / ACLK4A
MGT 380 / Khamis / 1110 / ACB4PT
TAX 370 / Selasa / 1010 / ACB4PT


Bahagian 5
FAR 400 / Rabu / 1002 / ACB5P1 (terhad kpd 40 pelajar sahaja)
FAR 400 / Rabu / 1102 / ACB5P2 (terhad kpd 40 pelajar sahaja)
QMT 429 / Isnin / 1010 / ACB5PT
BEL 460 / Jumaat / 1022 / ACLK5A
PSA 420 / Khamis / 1010 / ACB5P1 (terhad kpd 35 pelajar sahaja)
PSA 420 / Khamis / 1022 / ACB5P2 (terhad kpd 35 pelajar sahaja)


Bahagian 6
MAF 410 / Isnin / 1002 / ACB6PT
ECO 555 / Jumaat / 1110 / ACB6PT
CTU 551 / Selasa (6:15 - 8:15mlm) / 1102 / ACB6PT
BMD 401 / Selasa (8:30 - 10:30 mlm) / 1014 / ACL3MA (terhad kpd 25 pelajar sahaja)
BAB 401 / Selasa (8:30 - 10:30mlm) / 1126 / ACL3AA (terhad kpd 25 pelajar sahaja)


Bahagian 7
FAR 450 / Rabu / 1114 / ACB7PT
MAF 490 / Isnin / 1110 / ACB7PT
CTU 553 / Selasa (6:15 - 8:15 mlm) / 1110 / ACB7PT
LAW 485 / Khamis / 1114 / ACB7PT
BMD 451 / Selasa (8:30 - 10:30 mlm) / 1022 / ACL4MA
BAB 451 / Selasa (8:30 - 10:30 mlm) / 1102 / ACL4AA


Bahagian 8
TAX 480 / Rabu / 1122 / ACB8PT
AIS 510 / Isnin / Lab 1 / ACB8PT
MGT 536 / Jumaat / 1114 / ACB8PT
BMD 501 / Selasa (8:30 - 10:30 mlm) / 1026 / ACL5MA


Bahagian 9
FAR 500 / Rabu / 1014 / ACB9PT
CRG 520 / Khamis / 1014 / ACB9PT
BEL 490 / Jumaat / 1002 / ACLK9A
FAR 551 / Selasa / 1122 / ACB9PT

Bahagian 10
MAF 620 / Jumaat / 1102 / ACB10P
MAF 640 / Isnin / 1114 / ACB10P
CRG 530 / Selasa / 1114 / ACB10P


Bahagian 11
FAR 600 / Rabu / 1126 / ACB11P
AUD 610 / Khamis / 1102 / ACB11P
AIS 630 / Selasa / Lab 1 / ACB11P

******************************************************
PERHATIAN:


  1. Sebarang pertindihan jadual kursus tidak akan dilayan. Pelajar diingatkan supaya mengambil kursus di Bahagian yang rendah dahulu.
  2. Kursus yang gagal perlu diutamakan dahulu sebelum mengambil kursus di Bahagian lebih tinggi.
  3. Tolong jangan tanya kpd saya siapa pensyarah yang mengajar mana-mana kursus. Pensyarah yang ditawarkan mengajar adalah yang berwibawa. Hanya anda sahaja yang mempersia-siakan kepakaran pensyarah tersebut. Cuba buat banyak latihan.
  4. Peringatan: Belajar secara separuh masa memerlukan banyak pengorbanan dari segala aspek.
*******************************************


Pengumuman 39 - Jadual AC110

Jadual Waktu AC 110
Semester Disember 2006 - April 2007

************************************************
Petunjuk
Kod Kursus / Hari / Bilik / Kumpulan

************************************************

Kelas yang dijalankan di Kampus Shah Alam

FAR 250 / Rabu / 1034 / ACD4PT
FAR 350 / Rabu / 1026 / ACD6PT
MAF 330 / Selasa / 1002 / ACD6PT
AIS 360 / Khamis / Lab 1 / ACD7PT
MAF 380 / Jumaat / 1122 / ACD7PT
TAX 370 / Selasa / 1010 / ACD7PT
AUD 390 / Isnin / 1102 / ACD7PT

Para pelajar AC110 Kampus Shah Alam DILARANG untuk mendaftar dalam kumpulan pelajar LHDN, iaitu semua kumpulan ACD6LH. Harap Maklum.


Pelajar PLK yang mengambil kursus berikut perlu menumpang belajar di ePJJ. Sila kemukakan surat permohonan menumpang belajar anda kepada Koordinator PLK.

Tarikh Seminar e-PJJ (Sesi 1)
Seminar 1: 21 Januari 2007
Seminar 2: 11 Februari 2007
Seminar 3: 4 Mac 2007
Seminar 4: 18 Mac 2007

Kursus-kursus yang terlibat bagi sesi 1:
QMT 181 / ACD2PT

FAR 200 / ACD3PT
MAF 270 / ACD5PT
FAR 300 / ACD5PT

ECO 162 / ACD3PT
TAX 320 / ACD6PT
LAW 346 / ACD5PT
MAF 310 / ACD6PT

Tarikh Seminar e-PJJ (Sesi 2)
Seminar 1: 28 Januari 2007
Seminar 2: 25 Februari 2007
Seminar 3: 11 Mac 2007
Seminar 4: 25 Mac 2007

Kursus-kursus yang terlibat bagi sesi 2:

MAT 126 / ACD1PT

MAF 220 / ACD3PT

MGT 215 / ACD5PT

LAW 240 / ACD4PT

ECO 211 / ACD4PT


*******************************************************************************
Kelas yang dijalankan di Akademik Percukaian Malaysia, Bangi
(Hanya kpd pelajar LHDN sahaja)
AIS 360 / Sabtu / 8:00 - 11:00 / ACD6LH
TAX 370 / Sabtu / 11:30 - 2:30 / ACD6LH
AUD 390 / Sabtu / 3:00 - 6:00 / ACD6LH
FAR 350 / Ahad / 9:00 - 12:00 / ACD6LH
MAF 380 / Ahad / 12:30 - 3:30 / ACD6LH

********************************************************************************


Thursday, December 14, 2006

Pengumuman 37 - Tarikh Aktiviti Pendaftaran PLK

Jadual Aktiviti Semester Disember 2006 - April 2007

Keputusan Peperiksaan November 2006
21 Disember 2006 (Selepas pukul 3:00 ptg)


Pendaftaran Pelajar Lama PLK (SILA RUJUK PENGUMUMAN 40)
23 Disember 2006 (Sabtu)
Tempat: Tingkat 11, Fakulti Perakaunan.
Masa: 9:00 pagi - 2:00 ptg
Nota: Pelajar dikehendaki mendaftar kursus secara intranet di Makmal Tingkat 11. Tiada lagi pertolongan pendaftaran secara email. Selepas mendaftar sila buat pembayaran yuran dengan kadar segera.
Jadual waktu akan dikeluarkan secepat mungkin.

**********************************************
Proses tambah / gugur kursus
7 Januari - 20 Januari 2007

Proses gugur kursus
21 Januari - 27 Januari 2007

Proses Pengesahan (Validasi) Kursus
28 Januari - 3 Februari 2007

*****************************************
Kuliah / Kelas bermula
8 Januari 2007

Peperiksaan Akhir
22 April - 12 Mei 2007