Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Friday, January 20, 2006

PENGUMUMAN 10

JADUAL WAKTU KOORDINATOR

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan hendak menghubungi saya sila lihat jadual waktu dibawah:-

Hari Isnin - Pagi (Mesyuarat)
- Petang (Berada di Pejabat)
Hari Selasa - Pagi (Kelas)
- Petang (Berada di Pejabat)
Hari Rabu - Pagi / Petang (Berada di Pejabat)
Hari Khamis - Pagi (Kelas)
- Petang (Berada di Pejabat)
Hari Jumaat - Pagi / Petang (Berada di Pejabat)

Jadual yang saya beri ini adalah tertakluk kepada perubahan yang mana diluar bidang kuasa saya. Perubahan seperti saya menghadiri mesyuarat, seminar dll.

Notis 2

Kelas BEL 490

Kelas ini terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Pelajar yang telah mendaftar silalah menggugurkan kursus ini dan mengantikan dengan kursus yang lain ataupun mengikuti Kelas ini di Fakulti lain (menumpang). Jika ada sebarang masalah silalah berhubung dengan saya.

Wednesday, January 11, 2006

Notis 1

Kelas ECO 555
Kelas pada 13/1/2006 ditunda kepada 21/1/2006
Bilik kuliah ditukar ke AC567 Fakulti Pengurusan Perniagaan
Maklumat Lanjut sila hubungi Pensyarah:
Puan Jamaliah Md Khalili ditalian 019-2406102
Harap Maklum

Pengumuman 9

Slip Keputusan Rasmi Peperiksaan November 2005
Sila dapatkan slip keputusan peperiksaan rasmi November 2005 seperti berikut:
Tarikh : 17/1/2006 sehingga 20/1/2006
Masa: 6:00 ptg - 7:30 ptg
Tempat: Pejabat Am Fakulti Perakaunan, Tingkat 11, Menara SAAS.

Wednesday, January 04, 2006

PENGUMUMAN 8

Bagi pelajar yang membuat penambahan kursus, tidak perlu untuk mencetak bil. Pihak bendahari akan mengeluarkan bil bayaran tersebut kemudian.
Nota:
  1. Jangan risau jika anda telah membuat PENGESAHAN KURSUS, butang Pengesahan kursus tidak menyala (disable).
  2. Jangan risau jika anda mencetak bil bayaran, bil lama yang tercetak dan sebarang penambahan kursus tiada dalam bil berkenaan. Pihak Bendahari akan mengeluarkan bil bayaran penambahan tersebut.
  3. Pastikan anda membuat pengesahan kursus sekali lagi pada 31/1/2006 sehingga 13/2/2006 melalui student portal dan cetak 2 salinan untuk disahkan oleh Koordinator.
  4. Sila kemaskini pendaftaran kursus anda. Terutamanya bagi kumpulan.

Pengumuman 7

Bagi pelajar yang mengulang sesuatu kursus, sila kemaskini kumpulan kursus anda.
Untuk pengetahuan semua Kumpulan REPEAT tidak wujud. Sila pilih kumpulan yang anda kehendaki.
Sekian Harap Maklum.

Pengumuman 6

Kumpulan bagi kursus TITAS 1, TITAS 2 dan CTU 551

Kursus Kumpulan
CTU 551 ACB6PT
TITAS 1 ACB6P1
TITAS 2 ACB7PT

Kepada pelajar yang mendaftar kursus diatas sila kemaskini kumpulan kursus anda. Sila tukar kumpulan dari OPEN kemana-mana kumpulan yang disebut diatas.

Peringatan:
Pelajar Kemasukkan Julai 2005 dan seterusnya perlu mangambil kursus CTU 551. Sila pilih TITAS 1 di ruangan kursus dan tekan butang TUKAR KURSUS PILIHAN dan pilih kursus CTU 551.

Bagi pelajar kemasukkan SEBELUM Julai 2005 perlu mendaftar kursus TITAS 1.

Harap Maklum.