Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Tuesday, July 31, 2007

Pengumuman 69 - Pelajar Baru Kemasukkan Julai 2007

Perhatian....
Pelajar baru kemasukkan Julai 2007, sila datang ke Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan, Tingkat 11 untuk mendapatkan beg (yang sepatutnya diberi semasa taklimat suaikenal dahulu).
Sekian.

Monday, July 30, 2007

Pengumuman 68 - Kursus ECO 555

Perhatian....
Pelajar yang mendaftar kursus ECO 555...
announcemnt: dear eco 555 student (claz : ACB6PT), plz be inform that there will be a claz on 2nd and 3rd August 2007 at BM305 (biz. school). plz tell the others or more detail plz contact ur claz rep. tq.
(petikan daripada comments Pengumuman 66)

Pengumuman 67 - Kursus BEL 460

Perhatian...
Semua pelajar yang mendaftar kursus BEL 460 kumpulan ACLK5C, sila kemaskini kumpulan anda. Kumpulan ACLK5C tidak wujud. Sila pilih kumpulan ACLK5A atau ACLK5B. Kapasiti pelajar dalam setiap kumpulan telah dinaikan.
Harap Maklum.

Saturday, July 21, 2007

Pengumuman 66 - Berkursus

Perhatian...

Saya tiada di Pejabat bermula dari 23 Julai sehingga 25 Julai 2007. Segala masalah sila rujuk kepada En. Ahmad Kasim, Penolong Pendaftar Akademik.

Sekian

Friday, July 20, 2007

Pengumuman 65 - Tarikh Aktiviti Pendaftaran Kursus

Perhatian

Sekali lagi saya menyatakan tarikh-tarikh penting bagi semester Julai 2007 untuk peringatan pelajar semua.

Tarikh Akhir Daftar Kursus: 23 Julai 2007

Tarikh Akhir Gugur Kursus: 30 Julai 2007

Pengesahan Pendaftaran Kursus Muktamat (Validasi): 31 Julai - 13 Ogos 2007
(Sila cetak dalam dua salinan dan nyatakan nombor telefon bimbit anda pada penyata tersebut. Masukkan penyata tersebut ke dalam kotak surat untuk PLK diluar Pejabat Akademik Fakulti Tingkat 11 bagi di sahkan oleh Koordinator PLK.)

Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Pengajian: 25 Julai 2007
(Selepas dari tarikh ini sila berhubung dengan Bendahari Zon 16. Bayar yuran secepat mungkin agar tiada masalah apabila membuat pengesahan kursus nanti.)

Friday, July 13, 2007

Pengumuman 64 - Pembatalan Kelas

Perhatian...
Kelas ECO 555 dibatalkan pada hari ini (13/7/2007). Kelas akan bermula pada minggu hadapan.
Kelas BEL 411 dibatalkan pada hari ini (13/7/2007). Kelas akan bermula pada minggu hadapan.

Wednesday, July 11, 2007

Pengumuman 63 - Pelbagai Makluman

Perhatian....


  1. Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan akan dibuka setiap hari Rabu dari jam 6:00 ptg sehingga 8:00 malam.
  2. Slip Keputusan Peperiksaan April 2007 boleh didapati di Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan bermula pada 9 Julai 2007
  3. Pelajar baru (kemasukkan Julai 2007) sila dapatkan kad pelajar anda di Pejabat Akademik. Anda juga dikehendaki menyerahkan 2 salinan buku akurjanji untuk di tandatangani oleh Koordiantor.
  4. Pelajar yang mendaftar kelas AIS510 dan Kelas BAB401 sila berhubung dengan Koordinator PLK secepat mungkin.

Tuesday, July 10, 2007

Pengumuman 62 - Pembatalan Kelas

Perhatian....
Kelas MAF 330 dibatalkan pada hari ini (10/7/2007). Kelas akan bermula pada minggu hadapan. Harap Maklum.
Sekian

Monday, July 09, 2007

Pengumuman 61 - Penutupan Kelas AIS 510

Perhatian
Pelajar yang telah mendaftar kelas AIS510 sila berhubung dengan Koordinator PLK. Kelas ini ditutup kerana bilangan pelajar yang tidak mencukupi. Sila mendaftar kursus yang lain atau mohon kebenaran untuk mengambil kursus di semester hadapan.

Pengumuman 60 - Pembatalan Kelas

Perhatian
Kelas FAR 600 Kumpulan ACB11P akan bermula minggu hadapan (18/7/2007)
Harap Maklum.

Thursday, July 05, 2007

Pengumuman 59 - Bayaran Yuran Pengajian

Perhatian...

Sila jelaskan pembayaran yuran pengajian sebelum 23 Julai 2007. Kelewatan membayar yuran akan menyebabkan:
  1. Pengesahan Pendaftaran kursus tidak dapat dilaksanakan
  2. Kemungkinan anda akan digugur taraf sebagai pelajar

Masalah berkaitan dengan Yuran Pengajian sila berhubung dengan Bendahari Zon 16.

Sekian