Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Thursday, August 10, 2006

Pengumuman 31

Tarikh Pengesahan (Validasi) Kursus telah dilanjutkan sehingga
11 Ogos 2006

Thursday, August 03, 2006

Pengumuman 30

Segala urusan berkaitan dengan Yuran Pengajian sila berhubung dengan Bendahari Zon 16 termasuklah surat pengesahan KWSP. Hanya pihak Bendahari Zon 16 sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan surat pengesahan KWSP.
Bendahari Zon 16, Tel: 03-55443435/3437/3438/3439
Sekian.

Wednesday, August 02, 2006

Pengumuman 29

Pengesahan Muktamad Pendaftaran Kursus (Validasi)
3 Ogos - 9 Ogos 2006
Sepertimana yang pihak pelajar maklum bahawa proses validasi pendaftaran kursus telah ditetapkan pada 3 - 9 Ogos 2006. Sehubungan dengan itu, pelajar diminta membuat semakan dan pengesahan pendaftaran kursus masing-masing melalui i-student portal. Sila semak dengan teliti kod kursus dan kumpulan kelas. Sekiranya terdapat masalah sila maklumkan kepada Koordinator PLK / Penolong Pendaftar (Akademik) / Pegawai Eksekutif Kanan (Akademik) dengan segera.
Proses Membuat Pengesahan:
1. Login ke i-student portal
2. Semak Pendaftaran Kursus bagi Semester Julai 2006 dengan teliti
3. Klik butang Pengesahan (Jika semua data adalah betul) Jika terdapat kesilapan sila maklumkan kepada Koordinator PLK / Penolong Pendaftar / Pegawai Eksekutif Kanan.
4. Cetak 2 salinan dan hantar ke Koordinator PLK untuk mendapatkan cop kelulusan pengesahan pendaftaran kursus
5. Simpan 1 salinan yang telah dicop oleh pihak Koordinator PLK untuk rujukan.
Pastikan anda telah membayar yuran pengajian bagi semester ini. Kegagalan anda membayar yuran akan menyebabkan anda tidak dapat membuat pengesahan muktamad pendaftaran kursus.
Pihak Pentadbiran Akademik TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas masalah yang berbangkit sekiranya urusan ini diabaikan.