Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Tuesday, May 30, 2006

Pengumuman 18

Assalamulaikum.

Keputusan peperiksaan akhir April 2006 akan dikeluarkan pada atau selepas 8 Jun 2006. Sila semak keputusan anda melalui i-student portal.

Pendaftaran pelajar lama akan dibuat pada 9 Julai 2006 (Ahad) dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 ptg. Tempat: Fakulti Perakaunan, Tingkat 11.

Pendaftaran kursus akan dibuat di makmal komputer tingkat 11. Pihak HEA telah memberi arahan bahawa pendaftaran kursus dibuat secara intranet sahaja.

Jadual waktu bagi semester Julai 2006 - November 2006 telah dikeluarkan pada bulan Mac yang lalu (sila klik disini). Buat masa ini tiada perubahan bagi jadual tersebut.

Bagi yang belum membuat pra-pendaftaran kursus sila isi borang yang disediakan dan hantarkan ke pejabat fakulti perakaunan.

Sekian