Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Sunday, December 17, 2006

Pengumuman 40 - Perubahan Cara Pendaftaran Kursus Pelajar Lama

Pendaftaran Kursus Pelajar Lama.

Tarikh: 23/12/2006 (mula mendaftar) - 7 Januari 2007
Tempat: Mana-mana komputer yang mempunyai akses internet. Sila login melalui istudent portal.

Pendaftaran kursus pelajar lama adalah secara internet melalui istudent portal. Anda boleh mendaftar kursus secara online di mana-mana komputer yang mempunyai akses internet bermula dari 23 Disember 2006 sehingga 7 Januari 2007. Peringatan: Sila jelaskan bil yuran pengajian anda selepas anda muktamadkan pendaftaran kursus di mana-mana cawangan Bank Islam. Kegagalan anda menjelaskan yuran akan mengakibatkan status anda menjadi gugur taraf selepas 2 minggu dari tarikh tamat pendaftaran.

Jika anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan pendaftaran kursus sila datang berjumpa dengan Koordinator pada waktu pejabat selepas 23 Disember 2006.
Disebabkan pendaftaran pelajar lama adalah melalui internet, maka pada 23/12/2006, Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan akan dibuka dari jam 9:30 pagi sehingga 12:30 tengahari sahaja.
Sila hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang kurang melayari laman web ini.
Sekian. Harap Maklum.