Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Tuesday, October 02, 2007

Pengumuman 76 - Pra Pendaftaran Kursus Sesi Disember 2007 - April 2008

Perhatian... & ALPA MEMBAWA PADAH !!!!

Berikut adalah carta alir bagi pra-pendaftaran dan pendaftaran kursus bagi sesi Disember 2007 - April 2008

PRA PENDAFTARAN KURSUS (3 - 29 OKTOBER 2007)

  • Login ke Portal Pelajar
  • Masuk ke skrin Pra Pendaftaran Kursus
  • Sistem akan mendaftarkan kursus-kursus berikut secara automatik untuk anda (sekiranya ada): Kursus yang anda pernah gagal tetapi belum diambil kembali atau kursus bahagian 'bawah" yang tidak pernah diambil
  • Untuk mencukupkan unit kredit pilih kursus dari senarai yang disediakan

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR NOVEMBER DIUMUMKAN (10 DISEMBER 2007)

  • Semua kursus yang anda gagal pada semester ini (Julai - November) akan didaftarkan secara automatik

PENDAFTARAN KURSUS
(18 DISEMBER - 14 JANUARI 2008)
  • Login ke Portal Pelajar
  • Masuk ke skrin Pendaftaran Kursus
  • Pilih kumpulan untuk setiap kursus yang telah anda pra-daftar (sila semak jadual waktu untuk mengelakkan percanggahan)
  • Cetak dan simpan Maklumat Pendaftaran Kursus (Sementara). Sila cetak semula maklumat ini setiap kali membuat perubahan pendaftaran kursus

PENGESAHAN (VALIDASI) PENDAFTARAN KURSUS
(22 JANUARI - 4 FEBRUARI 2008)

  • Login ke Portal Pelajar
  • Masuk ke skrin Pengesahan Pendaftaran Kursus
  • Semak bahawa tiada kursus tertinggal dan semua kursus terdaftar adalah benar
  • Klik butang Pengesahan (Nota: Pelajar yang belum membuat pembayaran yuran pengajian akan dihalang dari melakukan Pengesahan Pendaftaran Kursus)
  • Cetak 2 salinan Maklumat Pendaftaran Kursus (Muktamad)


PERINGATAN PENTING

STATUS GUGUR TARAF (GT) AKAN DIBERIKAN PADA 19 FEBRUARI 2008 SEKIRANYA PELAJAR:
  • TIDAK MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN
DAN/ATAU
  • TIDAK MELAKUKAN PENDAFTRAN KURSUS (PILIH KURSUS DAN KUMPULAN)