Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Wednesday, August 08, 2007

Pengumuman 70 - Masalah Stiker Kenderaan

Perhatian Semua Pelajar PLK...
Sila perbaharui pelekat Kenderaan anda di Pejabat Keselamatan (berdekatan dengan Stadium UiTM) bermula hari ini. Pelekat lama telah tamat tempoh. Pejabat Keselamatan akan membuka kaunter pembelian stiker dari jam 5 ptg sehingga 10 mlm. Sila bawa satu salinan kad pelajar dan salinan lesen memandu. Harga sekeping pelekat kenderaan adalah RM2.00.
Saya juga memohon maaf diatas kelewatan menyampaikan maklumat ini kepada semua pelajar. Tarikh kuatkuasa penggunaan pelekat baru adalah pada 4 Ogos 2007.
Berikut adalah petikan daripada jawapan saya melalui komen Pengumuman 69....
Okey... harap bersabar. Saya sudah menghubungi pihak keselamatan dan mereka akan membuka pejabat sehingga jam 10 mlm (bermula malam ini) bagi memudahkan pelajar PLK membeli stiker. Pembelian boleh dibuat di Pejabat Keselamatan yang berdekatan dengan Stadium UiTM.Stiker tidak boleh dijual di Pos Pengawal kerana ianya melibatkan urusan kewangan yang mana Pengawal di Pos tidak boleh menerima wang (peraturan bendahari). Ini perlu difahami oleh pelajar.