Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Tuesday, September 11, 2012

PENGUMUMAN 410 - MULA KELAS DAN SEMINAR

Salam semua pelajar PLK  dan PLK BL,

Kelas untuk semester Sesi September 2012 - Januari 2013 bagi PLK malam akan bermula pada 18 September 2012 dan bagi PLK Blended Learning , Seminar 1 akan bermula pada 22 September 2012 (Sabtu) dan 23 September 2012 (Ahad).

Sila semak semula pendaftaran subjek, buat validasi dan sila bayar yuran paling lewat 2 hari sebelum tarikh tutup. Dan jika yuran dibayar melalui KWSP, sila hantar warrant ke Pejabat Bendahari 2 hari sebelum tarikh tutup pembayaran yuran. Jika ada masalah validasi dan yuran , sila berhubung terus dengan Cik Wani 0355225315/5314.

Bagi pelajar PLK BL, sistem iclass akan mula dibuka pada 17 September 2012 dan dalam tempoh tersebut sebelum seminar 1 , jika pelajar ada masalah dengan iclass sila berhubung terus ke Unit ICT DW12, 0355225487/5305/5342.

Selamat memulakan semester baru dan semuga berjaya dengan cemerlang.

Wassalam.