Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Thursday, December 27, 2007

Pengumuman 89 - Pengumuman Khas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Saya akan menamatkan tempoh sebagai Koordinator PLK pada 31 Disember 2007. Bermula dari 1 Januari 2008, Encik Adnan Zainal Abidin akan mengambilalih tugas sebagai Koordinator PLK yang baru.

Dikesempatan ini, saya dengan rendah dirinya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap terhadap semua pelajar PLK AC220 disepanjang saya menjalankan tugas sebagai Koordinator PLK. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan semasa saya menjalankan tugas sebagai Koordinator PLK.

Akhir kata, saya berdoa agar semua pelajar akan mencapai kejayaan yang diusahakan. Berikanlah sokongan dan kerjasama kepada Koordinator PLK yang baru.

Sekian. Wasalam.