Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Thursday, December 01, 2005

Maklumat Pendaftaran

Sebelum saya menpublishkan jadual waktu, sila baca maklumat yang diberikan.
1. Bagi pelajar kemasukkan Julai 2005, sila mendaftar kursus CTU 551 dan bukannya TITAS 1.
2. Bagi pelajar kemasukkan sebelum Julai 2005, sila mendaftar kursus TITAS 1 kerana semester hadapan (Julai 2006) tidak akan ditawarkan lagi kursus ini.
3. Bagi pelajar yang belum mengambil kursus TITAS 2, sila mendaftar pada semester ini kerana semester hadapan (Julai 2006) tidak akan ditawarkan lagi kursus ini.
4. Para pelajar diingatkan agar mendaftar kursus bagi bahagian semasa dan kebawah sahaja. Contoh: jika berada di bahagian 7, anda hanya perlu mendaftar kursus FAR 450, MAF 490, TITAS 2, LAW 485 dan Bahasa Ketiga tahap 2. Anda TIDAK DIBENARKAN mengambil kursus dari bahagian 8 dan ke atas. Kursus-kursus sebelum bahagian 7 iaitu bahagian 6, 5, 4 dan ke bawah dibenarkan ambil.

5. Semasa membuat pendaftaran kursus fikir sebaik mungkin kursus yang hendak di ambil. Pengguguran kursus hanya boleh dilaksanakan jika mendapat kebenarkan dari Koordinator.
6. Terdapat perubahan dalam jadual waktu. Jangan guna jadual waktu yang lama.
Sekian