Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Tuesday, June 21, 2005

PENDAFTARAN KURSUS ON-LINE

Semua pelajar PLK dikehendaki mendaftar kursus yang akan diambil pada semester Julai 2005 ini melalui on-line di Student Portal. PENDAFTARAN DIBUKA DARI 21 JUN 2005 SEHINGGA 7 JULAI 2005. JANGAN TERLAMBAT....
Berikut adalah panduan bagi pendaftaran:-
  1. Semak jadual waktu dan kursus yang akan diambil pada Semester Julai 2005 di pklac.blogspot.com
  2. Layari Student portal untuk membuat pendaftaran kursus. http://istudent.uitm.edu.my
  3. Setelah log in di student portal, anda dikehendaki mendaftarkan kursus yang dipilih untuk semester Julai 2005. Sila pilih Kod Kursus dan kumpulan. Untuk kumpulan adalah seperti berikut: ACB6PT dimana AC adalah kod fakulti, B adalah kod program, 6 adalah kod bagi semester atau part dan PT adalah group kumpulan (iaitu part time).
  4. Setelah berpuashati dengan pilihan anda, (iaitu muktamad) sila cetak bil. Cetakan bil hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  5. Kemudian sila ke Bendahari Zon 16 untuk membuat pembayaran bil.
  6. Setelah pembayaran selesai........anda telah mendaftar. So tak perlu hadir pada 10 Julai 2005.

Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan saya.

Dari 20/6 - 25/6 saya berkursus.....

Sekian.