Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Friday, February 24, 2012

PENGUMUMAN 395 - KELAS MAF630

Salam,

Berkenaan dengan kelas MAF630 yang ditukar dari hari ISNIN ke hari RABU.
Keputusan untuk menukar MAF630 ke hari Rabu adalah berdasarkan post yang dibuat oleh Wan Noridah dan atas persetujuan majoriti pelajar.

Tetapi, nampaknya ianya telah menimbulkan kekecohan di kalangan pelajar yang tidak mengambil tau hal tersebut dan tidak mau respon dengan post pengumuman saya sebelum ini.

Saya hanya ada seorang pensyarah sahaja untuk mengajar MAF630 iaitu Dr Norli Ali.


Thursday, February 23, 2012

PENGUMUMAN 394 - JADUAL WAKTU PLK MALAM DAN BL MAC2012

Salam,

Sila ke website InED untuk melihat jadual waktu PLK malam dan Blended learning bagi sesi Mac2012.

Tuesday, February 14, 2012

PENGUMUMAN 393 - KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JAN 2012

As salam,

Keputusan peperiksaan Jan 2012 akan dikeluarkan pada esok 15 Februari 2012. Semuga semua mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.