Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Sunday, January 28, 2007

Pengumuman 47 - Pengesahan Kursus / Validasi

PENTING...

Tarikh Pengesahan Pendaftaran Kursus
28 Januari - 3 Februari 2007


Nota:
Sila cetak Penyata Pendaftaran Kursus Muktamat dalam 2 salinan dan hantar kepada Koordinator PLK untuk mendapatkan cop pengesahan.

Kerjasama anda semua amatlah dihargai.

Tuesday, January 23, 2007

Pengumuman 46 - Yuran

PENTING....

Ini hanyalah makluman kepada pelajar yang belum membayar yuran pengajian. Sila bayar yuran pengajian anda selewat-lewatnya sebelum 25 Januari ini. Kegagalan menjelaskan yuran pengajian akan mengakibatkan anda tidak dapat membuat pengesahan / validasi pendaftaran pada 28 Januari ini nanti. Saya tidak akan melayan segala masalah pengesahan / validasi pendaftaran akibat dari kegagalan membayar yuran pengajian.

Harap Maklum.

Monday, January 22, 2007

Pengumuman 45 - BEL 460

PENTING

Perhatian kepada pelajar AC220 (PLK) yang mendaftar kursus BEL 460, kelas telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu ACLK5A (Hari Selasa / Bilik 1034) dan ACLK5B (Hari Jumaat / Bilik 1022). Senarai nama ada di tampal / paparkan di papan kenyataan tingkat 11. Sebarang pertukaran kumpulan tidak akan dilayan.

Sekian. Harap Maklum.

Wednesday, January 17, 2007

Pengumuman 44 - Kelas FAR600/FAC550

Perhatian

Kelas FAR600/FAc550 yang dijadualkan pada hari ini (Rabu, 17/1/2007) ditunda ke satu hari yang akan ditentukan oleh pensyarah, Pn Radiah Othman.

Sila hebahkan makluman ini kepada para pelajar yang mengikuti kelas ini.

Sekian.

Wednesday, January 10, 2007

Pengumuman 43 - Kaunter Pejabat

Perhatian

Bermula dari 10 Januari 2007, kaunter Pejabat Akademik, Fakulti Perakaunan akan dibuka setiap hari Rabu dari jam 6:00 ptg sehingga 8:00 malam.
Diharap kepada semua pelajar yang memerlukan bantuan, sila datang ke Pejabat Akademik, Fakulti Perakaunan.

Penyata Keputusan Peperiksaan November 2006 akan diedarkan bermula dari 10 Januari 2007 di Pejabat Akademik, Fakulti Perakaunan.

Pelajar baru sila dapatkan kad pelajar anda di Kaunter Pejabat Akademik bermula dari 10 Januari 2007.

Sila bayar yuran pengajian selewat-lewatnya 25 Januari 2007 agar anda dapat membuat semakan validasi terhadap pendaftaran kursus bagi semester Disember - April 2007.

Sekian.