Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Monday, July 31, 2006

Pengumuman 28

TARIKH AKHIR PENGUGURAN KURSUS ADALAH PADA
2 OGOS 2006

Monday, July 24, 2006

Pengumuman 27

Perhatian Semua Pelajar PLK
Semua maklumat berkaitan dengan pembatalan kelas adalah tertakluk kepada pensyarah. Jika pensyarah memberitahu kepada saya lambat maka lambatlah saya uploadkan di web site ini. Ada pelajar yang menyalahkan saya kerana memberitahu lambat tentang pembatalan kelas. Oleh yang demikian, saya TIDAK akan menaikan notis pembatalan kelas lagi di blogspot ini. Jika kelas batal sila berhubung dengan pensyarah anda sendiri.
Blogspot ini hanya akan digunakan untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan urusan pendaftaran, pertambahan, penguguran dan peperiksaan sahaja. Urusan pembatalan kelas sila rujuk kepada pensyarah yang mengajar.
Sila isikan soal selidik berkaitan keberkesanan penggunaan web site ini.
Sekian. Harap Maklum

Saturday, July 22, 2006

Pengumuman 26

Semua Pelajar PLK Fakulti Perakaunan

Tarikh Akhir Pertambahan Kursus
26 Julai 2006


Sila pastikan anda telah mendaftar kursus pada semester ini. Jika ragu-ragu, sila hubungi saya.


Sekian

Friday, July 21, 2006

Pengumuman 25

Perubahan Waktu Kelas
Kursus: BEL 315
Waktu: 6:30pm - 8:30pm ditukarkan kepada 6:30pm - 9:30pm
Hari: Jumaat (tiada perubahan)
Kursus: BEL 415
Waktu: 6:30pm - 8:30pm ditukarkan kepada 6:30pm - 9:30pm
Hari: Jumaat (tiada perubahan)
Kursus: BEL 460 (Kumpulan ACB5P2)
Waktu: 6:30pm - 8:30pm ditukarkan kepada 8:30pm - 10:30pm
Hari: Jumaat (tiada perubahan)

Notis 5 - Pembatalan Kelas

Maklumat terkini - 21 Julai 2006
Kelas BEL 411, BEL 415 dan BEL 490 dibatalkan pada hari ini dan akan bermula pada minggu hadapan.
Harap Maklum.

Monday, July 17, 2006

Pengumuman 24

Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan akan dibuka selama seminggu kepada sesiapa yang belum lagi membuat pendaftaran atau ingin membuat penambahan kursus atau pengguguran kursus.
Penyata Keputusan Peperiksaan Akhir April 2006 boleh diperolehi mulai hari ini di Pejabat Akademik Fakulti Perakaunan.
Waktu dan tarikh operasi:
Tarikh: 17 Julai 2006 - 20 Julai 2006
Masa: 6:00 ptg - 8:00 mlm
Tempat: Tingkat 11, Pejabat Akademik
Pegawai yang bertugas:
1. Koordinator PLK
2. Pegawai Eksekutif Kanan, Pn Wan Mahani
3. Pegawai Kerani, En. Hafiz

Wednesday, July 12, 2006

Notis 4 - Pembatalan kelas

Maklumat Terkini

Kelas FAR600/FAC550 dibatalkan hari ini (12/7/2006). Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Radiah Othman di talian 012-2895823. Pelajar yang mengambil kursus ini diminta untuk menghubungi beliau berkaitan dengan kelas ganti.

Harap Maklum.

Tuesday, July 11, 2006

Notis 3 - Pembatalan Kelas

Maklumat terkini - 11 Julai 2006

Kelas AUD 610/560 akan bermula pada 20 Julai 2006.

Monday, July 10, 2006

Notis 2 - Pembatalan Kelas

Maklumat terkini --- 10 Julai 2006

Kelas QMT 429 bagi pelajar part 5 dibatalkan dan akan bermula minggu hadapan. Sila beritahu kepada rakan-rakan yang lain.

Sekian.

Sunday, July 09, 2006

Notis 1 - Pembatalan Kelas

Kelas PLK akan bermula pada hari Isnin ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kursus yang akan bermula pada minggu hadapan (17 Julai 2006).
Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:-
1. AIS 480/510
2. ECO 555
3. MAF330
Kalau ada lagi akan saya beritahu kemudian.

Lain-lain kursus akan diadakan seperti biasa.

Sekian.

Saturday, July 08, 2006

Pengumuman 23

Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui oleh para pelajar dalam membuat sebarang urusan.
Tarikh Pendaftaran: 9 Julai 2006
Proses Tambah Kursus: 12 Julai - 26 Julai 2006 (14 hari)
Proses Gugur Kursus: 12 Julai - 2 Ogos 2006 (21 hari)
Pengesahan Pendaftaran Kursus (ONLINE) : 3 Ogos - 9 Ogos 2006
Sila login ke i-student portal untuk membuat pengesahan pendaftaran Kursus Muktamat. Segala kursus yang tercatat akan dicetak dalam slip menduduki peperiksaan November 2006. [ PENTING : Pastikan kursus tersebut adalah kursus yang anda ambil bagi semester ini ]
Kuliah akan bermula pada 10 Julai 2006.
Peperiksaan Akhir akan diadakan pada 30 Oktober - 22 November 2006
Sekian harap maklum.

Tuesday, July 04, 2006

Pengumuman 22

PERHATIAN
1. Bil Yuran Pengajian PLK hanya boleh dicetak selepas hari Khamis (Hari Jumaat lah...kalau tak faham)
2. Saya sudah mendaftarkan kursus mengikut e-mail yang diberi ataupun mengikut borang pendaftaran yang berwarna biru (diberi pada semester lepas). Walaubagaimanapun saya memerlukan saudara/i menyemak pendaftaran tersebut sebelum saya membuat pengesahan. Selepas saya membuat pengesahan barulah bil boleh dikeluarkan. Sila beri pendapat anda perlukah anda membuat semakan sebelum saya membuat pengesahan bagi mencetak bil. Pilihan:
a. Tak perlu semak..... saya sahkan anda cetak bil dan TAK PERLU HADIR KE FAKULTI pd 9 JULAI ini.
b. Perlu Semak.....sila hadirkan diri anda di FAKULTI PERAKAUNAN untuk menyemak penyata pendaftaran kursus (sementara). Waktu: bila-bila masa waktu pejabat sehingga hari ahad (9 Julai 2006).
Sila nyatakan diruangan comment pilihan anda. DIAM tanda memilih pilihan a.

Saturday, July 01, 2006

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
KE
FAKULTI PERAKAUNAN
UNTUK
PELAJAR BARU KEMASUKKAN JULAI 2006
SEMOGA BEROLEH APA YANG DIHAJATKAN
DAN
SELAMAT MAJU JAYA