Pengajian Luar Kampus

Laman Web ini adalah khas bagi Pelajar Luar Kampus Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila berhubung dengan KOORDINATOR PLK di talian 03-55225223 atau e-mail: salina230@salam.uitm.edu.my . Sekian

Wednesday, June 28, 2006

Pengumuman 21

Pendaftaran Kursus Bagi Semester Julai 2006

Sepertimana yang telah diberitahu pendaftaran kursus pada semester ini akan dibuat secara intranet (sorry dah cuba minta untuk internet tapi tak dapat) pada 9 Julai 2006 di Fakulti Perakaunan.

Oleh kerana pendaftaran secara intranet, saya telah memohon agar dapat membuat pendaftaran bagi pihak pelajar dan telah dibenarkan dengan syarat pelajar perlu membuat pengesahan secara on-line melalui i-student portal. Oleh itu saya memohon kerjasama dari semua pelajar agar mengemail kepada saya kursus-kursus yang hendak/perlu diambil pada semester hadapan.
Sila ikut format yang saya berikan seperti berikut:-
Nama:
Nombor Pelajar:
Nombor Telefon (senang dihubungi):
Kursus yang hendak diambil:
Sila e-mailkan kepada saya: ridzuan@salam.uitm.edu.my sebelum 8 Julai untuk dibuat pendaftaran. Jika telah menghantar pendaftaran kursus maka anda tidak perlu untuk hadir pada 9 Julai.
Jika tidak saya akan menggunakan borang pra-pendaftaran yang telah diisi pada semester lepas (berwarna biru) kepada sesiapa yang telah menghantarnya.
Jika sudah menghantar pendaftaran tersebut kepada saya sila semak dalam masa 2 hari untuk mencetak bil pembayaran.
Bil pembayaran boleh dicetak melalui i-student portal pada menu Bil Pelajar atau klik sini. Pastikan anda telah membuat pendaftaran kursus dahulu baru cetak bil.
Jika masih tidak faham sila hubungi saya atau Puan Wan Mahani atau Encik Ahmad Kasim ditalian 55444947/55444929/55444928 untuk keterangan lanjut.
Jika tidak dapat dihubungi memlalui talian telefon sila nyatakan dalam ruangan komen.
Sekian.
*** akan menyusul kalendar akademik bagi semester Julai 2006 dalam pengumuman 22 ****

Monday, June 12, 2006

Pengumuman 20

Perhatian:

Terdapat perubahan jadual waktu kuliah bagi kursus-kursus berikut:-

1. FAR551/FAC551 Dari Hari Isnin ke Hari Selasa

2. BEL490 Dari Hari Khamis ke Hari Jumaat

Jika terdapat masalah sila nyatakan diruangan komen.

Thursday, June 08, 2006

Pengumuman 19

TARIKH PENTING UNTUK RAYUAN

Keputusan Peperiksaan April 2006 diumumkan : 8 Jun 2006

Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) : 9 Jun 2006

Tarikh akhir mennghantar RMP : 20 Jun 2006

Keputusan RMP : 12 Julai 2006

Pelajar yang diluluskan RMP perlu mendaftar : 17 Julai 2006